Belajar Forex

Di sini saya ingin berkongsi ilmu forex dimana setiap open position yang dilakukan akan dipostkan disini dengan menggunakan beberapa indicator saya sendiri dan akan dibuka untuk perbincangan diruangan komen bagi memperbaiki tahap ilmu forex masing-masing.

Kepada sesiapa yang ingin belajar secara personal dialu-alukan dengan menghubungi saya seperti di ruangan DAFTAR.

Wednesday, November 25, 2009

SIGNAL GJ 25 NOV 09

Chart di bawah saya capture pada TF30M menunjukan uptrend berlaku. Indi AO dan Stoch telah menunjukan price akan bergerak ke atas. Kita akan saksikan kesudahan nanti. Saya akan uploadkan semula chart sesudah ia mencapai TP @ SL.




Friday, October 16, 2009

5 KATEGORI TRADERS ; ANDA YANG MANA SATU?

Trader Level 1
Level 1 Unconscious Incompetence

Ketika ini kamu menjadi trader kerana kamu mendengar bahawa pendapatan seorang trader boleh mengalahkan pendapatan seorang CEO. Ditambah pula pada waktu ini kamu telah profit 3 kali ganda, lalu apa susahnya?. Kamu mungkin boleh profit dengan hasil yang menakjubkan 100 point sampai 200 point per lot per hari, namun itu semua hanyalah beginner luck saja. kamu pada awalnya tidak percaya, dengan hanya mengunakan 1 indicator saja, atau bahkan hanya dengan insting kamu boleh profit. Namun sayangnya, market akan mengalahkan kamu. Tidak ada trader yang berjaya hanya dengan faktor LUCK. Loss demi loss menghampiri kamu, kamu cuba bertahan namun kalau sampai margin call, siapa yang boleh tahan??. Kamu sama sekali tidak menyedari bahawa kamu tidak boleh trading, kamu tetap berkata kamu boleh trading walaupun semua fakta berkata sebaliknya ( apakah bulan ini profit?, bulan kelmarin profit?, tahun ini profit? ). Kamu tetap berkata bahawa kamu adalah orang yang special, orang yang akan mampu mendapatkan kunci kekayaan dari trading. Dan kamu tidak menyedari bahawa 90% trader yang gagal juga mempunyai perasaan seperti itu.

Kamu tidak mempunyai sistem yang complete, kamu dikuasai oleh emosi kamu, kamu selalu averaging posisi jika loss kerana kamu marah pada market, kamu selalu take profit dalam jumlah yang kecil atau membiarkan profit berubah jadi loss kerana kamu dikuasai oleh GREED,
kamu tidak pernah trading kerana kamu takut / FEAR. Kamu membiarkan diri kamu dikuasai oleh emosi sehingga margin equity kamu menderita. 90% orang yang trading hanya sampai pada level ini, mereka biasanya putus asa, berhenti trading dan menganggap ini semua hanya mimpi buruk belaka. sebahagian lagi mereka tetap mencari investor dan trading seperti orang gila. dalam sebulan atau dua bulan margin habis lalu mereka mencari mangsa lagi. Mereka masih mengaku sebagai trader namun sebenarnya mereka executor dan biasanya mereka ini dengan senang hati akan mengaku sebagai management di brokernya. lalu sebagian lagi akan tetap seperti biasa dan mengaku trader tetapi tidak pernah trading, mereka biasanya menyalahkan dirinya sendiri. Hanya masalah waktu, sampai bila mereka dapat bertahan di level ini dan waktu selalu menang. 90% Trader ada di level ini, dan hanya 10% sadar dan pindah ke level 2.

Trader Level 2
Level 2 Conscious Incompetence

Di level ini kamu sedar bahawa kamu tidak boleh trading, kamu tidak memiliki kemampuan untuk trading yang menghasilkan profit secara konsisten. Kamu sedar bahawa selama di level 1 fikiran kamu dikaburkan oleh emosi kamu sehingga kamu tidak boleh berfikir secara normal. Di
level ini kamu akan mencari holy grail ( system yang sempurna, system yang 100% profit, system yang tidak pernah loss), kamu mulai membeli system yang ada di internet, kamu membaca semua website yang ada tentang trading mulai dari UK, USA, Australia, Europa sampai Russia, kamu baca semua ebook yang ada, kamu praktikan semua system yang kamu
peroleh, kamu haus akan ilmu seperti seorang pengembara di padang pasir yang haus akan air minuman.

Pada level ini kamu akan membaca semua detail tentang indicator, kamu akan test semua indicator yang ada di metatrader, bahkan kamu mungkin akan membuat indikator sendiri (biasanya gabungan 2 atau 3 indicator), kamu akan bermain-main dengan moving average, fibonnacci lines, pivot point, Fractals, Divergence, DMI. ADX, Bollinger Bands, dan ratusan indicator lainnya. Kamu tahu bahawa market terlalu rumit untuk di predict hanya dengan 1 indicator saja, kamu tahu kombinasi ideal dari masing-masing indicator. kamu tahu keberkesanan indicator tersebut dan juga kelemahannya.

Kamu akan mencuba meneka TOP dan BOTTOM dari market dengan indicator tersebut. kamu akan bergabung dengan chat room trader dan menanyakan pertanyaan-pertanyaan bodoh pada trader senior. kerana kamu tahu kalau kamu tidak bertanya sekarang maka selamanya kamu tidak akan tahu.

Pada akhirnya di level ini kamu akan mendapatkan 5 sampai 10 system yang lengkap dan mencuba mencari system mana yang paling sesuai dengan keperibadian kamu. Dari 10% trader yang ada di level ini, hanya sekitar 7% yang berhasil pindah ke level 3.

Trader Level 3
Level 3 The EUREKA Moment

Pada akhir level 2, kamu akhirnya menyedari punca masalah bukan terletak di system. Kamu menyedari bahawa kamu boleh mendapat profit jika hanya menggunakan system yang simple seperti moving average saja tanpa ada indicator lain, jika kamu boleh menggunakan otak kamu dan money management yang benar. Kamu mula membaca buku tentang psikologi trading, dan mengidentifikasi dengan characters yang dijelaskan dalam buku itu. Akhirnya datanglah the eureka moment.

Level ini membuat otak kamu menyedari satu hal yang penting, di dunia ini tidak ada seorang pun yang mampu memprediksi secara acurate apa yang akan terjadi pada market 30 minit kemudian. Kamu mula menguasai satu system trading dan memodifikasinya sehingga sesuai dengan karakter kamu, dan mampu memberikan lebih banyak profit dibandingkan system yang asli. Kamu mula trading jika kamu tahu probability untuk profit lebih besar daripada untuk loss, kamu hanya trading jika ada signal dari system kamu, kamu selalu menggunakan stoploss, kerana kamu tahu stoploss adalah risiko bisnes yang ada dalam dunia trading. Ketika stoploss kamu kena, kamu tidak emosi kerana kamu tahu tak seorang pun boleh meramalkannya, dan itu bukan kesalahan kamu. Trading berikutnya akan meningkatkan probability profit kerana kamu tahu system kamu itu system yang profit. Kamu menyedari bahawa dalam dunia trading hanya ada satu hal yang penting iaitu konsistensi pada system, psikologi trading, money management dan disiplin kamu untuk melakukan trading apapun yang terjadi. Kamu mempelajari tentang money management, 2% risk perday, dan hal lainnya. Ini mengingatkan kamu 1 tahun yang lalu ketika ada yang memberi nasihat yang sama dan kamu memilih untuk mengacuhkannya. ketika itu kamu memang belum sedar namun sekarang kamu sudah sedar.

Di level ini, otak kamu akan menerima bahawa kamu tidak boleh meramalkan pergerakan market, kerana memang tidak ada seorang pun boleh meramalkannya. Dari 7% trader yang ada di level ini, hanya sekitar 5% yang berhasil maju ke level berikutnya.

Trader Level 4
Level 4 Conscious Competence

Sekarang kamu hanya trading hanya jika system kamu memberi signal. Kamu cut loss sama senangnya dengan kamu take profit. kerana kamu tahu system kamu akan lebih banyak memberikan profit daripada loss, dan cut loss yang kamu lakukan adalah risiko bisnes iaitu max 2% dari account kamu.

Di level ini kamu mula target dengan profit 20 point per hari, dan setelah kamu mampu melakukannya secara konsisten selama beberapa minggu, kamu meningkatkan target dengan 40 point per hari. Akhirnya, kamu mampu lakukannya. Kamu memang masih harus kerja keras untuk mendapatkannya, memperbaiki system kamu, menguasai emosi kamu, dan melaksanakan money management yang kamu pegang. level ini biasanya berjalan sekitar 6 bulan. Dari 5% trader hanya sekitar 3% yang sanggup maju ke level berikutnya.

Trader Level 5
Level 5 Unconscious Competence

Sekarang kamu sampai di level 5, ini adalah level yang paling diharapkan oleh seluruh trader di dunia ini, di level ini kamu boleh trading dengan tenang, kamu telah menguasai semuanya, kamu boleh Dancing with the Market, kemanapun arah market berjalan, kamu telah open di posisi yang benar, tinggal melihat profit kamu bergerak dari 2 digit ke 3 digit. Inilah level puncak dari seorang trader, inilah level utopia, kamu telah menguasai emosi kamu dan kini kamu trading dengan account yang terus membesar tiap harinya dari kumulatif profit yang kamu peroleh. Kamu akan jadi bintang di trading chat room, dan orang-orang akan mendengarkan apa yang kamu katakan, kamu kenal dengan pertanyaan mereka, kerana kamu ada diposisi mereka 2 tahun yang lalu. Kamu akan memberi saranan kepada mereka, namun kamu tahu bahawa kebanyakan dari mereka tidak akan mendengarkannya kerana mereka masih trader level 1.
Kamu tidak akan mempunyai masalah financial lagi, kamu mampu membeli semua benda yang tersedia untuk dijual, kamu boleh membeli pulau dan trading disana asalkan ada jaringan internet, kamu boleh pindah ke hotel 5 bintang, dan menjadi penghuni tetap disana. Kamu mempunyai penghasilan seperti seorang superstar, kamu boleh membuat buku sendiri,
kamu boleh trading dengan margin yang tanpa batas, dan account kamu akan berlipat-lipat dari account awal. Hanya 3% trader yang boleh mencapai level ini.

Sekarang kamu boleh dengan bangga berkata "SAYA SEORANG TRADER".

Thursday, October 15, 2009

SIGNAL EU 15 OKT 09

AO TF30m telah mengeluarkan signal untuk EU pada jam 1200 waktu metatrader dan di confirmkan oleh TF4H. Price sell dibuat pada 1.4924. Target point sehingga signal AO kembali naik semula ke 0 pada TF30m



Wednesday, October 14, 2009

TRADE GUNA AO

Seperti yang diterangkan sebelum ini dengan menggunakan AO indicator dapat membantu para trader untuk memasuki pasaran dengan betul dan yakin.
Di sini saya attach sedikit gambaran dimana open position yang telah saya buat malam tadi dengan bantuan AO dan sehingga kini masih lagi pending mencari sisa-sisa pips yang masih terdapat didalam chart itu.


Picture A

Perhatikan Picture A, Value AO tersebut melebihi bacaan 0 pada chart 30M dan ini menandakan bahawa trend ini akan berubah. Picture B di bawah pula akan memastikan bahawa perubahan trend ini betul-betul akan berlaku dimana AO pada TF 4H juga telah berubah warna dan dibantu dengan kedudukan stochastic dalam keadaan uptrend.


Picture B

Tuesday, October 13, 2009

RAHSIA AWESOME INDICATOR

Ini sedikit rahsia indicator awesome yang mana boleh membantu para trader mengenal pasti sesuatu trend samada bullish atau bearing. Indicator awesome ini simple sahaja dan free yang mana telah tersedia dalam metatrader.
Let go how to indentify the trend using awesome indicator.
1. Open chart 30m dan 4h
2. In 30m chart if awesome below than 0 value that means the trend is bearing. More confirmation also check at 4h chart, makesure the awesome change to red colour.
3. For bullish condition, see the awesome above 0 value at 30m chart and confirmed by 4h chart awesome change to blue colour.

remember: pls use a stoch to double confirm the trend.

Thursday, September 10, 2009

SELL GBP/USD

Time frame H4 menunjukan harga GU bermain pada paras 1.6550 dan sekitarnya dalam beberapa hari ini sejak 8 sept hingga ke hari ini dan ia agak susah untuk mendaki lagi kerana resistance berada pada harga 1.6580 manakala indicator AO juga telah berubah tren kepada oren sejak semalam lagi. Adakah ia akan mula menurun..kita saksikan.

Oleh kerana keadaan ini berlanjutan buat seketika tambah lagi dengan S15 (stoch 15) telah crossing sell maka saya telah open sell post sebentar tadi pada harga 1.6543.

Kita saksikan apa kesudahanya.

Wednesday, September 9, 2009

FORMULA STOCH M15

Di sini saya akan memberi tunjuk ajar cara lain untuk membuka open position iaitu berpandukan stoch m15 di mana indicator ini akan memberi signal yang agak meyakinkan.

Rules dia adalah seperti berikut.
BUY - stoch crossing di area 20 dimana hijau atas, merah bawah.
SELL- stoch crossing di area 80 dimana merah atas, hijau bawah.

Sebarang persoalan bolehlah kita bincangkan dalam ruangan komen.
Ini adalah satu contoh gu yang saya open pada petang tadi dan masih on lagi untuk mengutip pips hijau. Selamat mencuba

Thursday, September 3, 2009

BUY GBP/USD

Tepat jam 6.17am waktu broker @ pukul 11.17am waktu malaysia saya telah open buy gu pada harga 1.6275 setelah mendapati kesemua indicator pada template saya meyakinkan.


Actually the right time to enter buy position at 13.00 broker time 2/9/09. Oleh kerana saya telah tertinggal maka saya cuba ambil pada kedudukan yang kedua.

Wait n see what happen for the chart later..

--SAMBUNG--

Hari ini setelah hampir 24jam saya biarkan chart itu bergerak dengan bantuan indicator yang meyakinkan, resultnya agak positif walaupon tidak membanggakan. Saya closed price pada harga 1.6313 jam 5.13 waktu broker setelah mendapati AO telah berubah colour. Inilah hasilnya dengan berkat kesabaran dan disiplin yang tinggi dan juga mesti yakin dengan indicator kita sendiri. Alhamdulillah..


Thursday, August 20, 2009

BUY GBP/JPY

Saya telah open buy gj pada jam 9.30 pagi tadi dimana AO telah menunjukan pertukaran warna dari oren ke hijau. Adakah ia akan mula naik atau turun saya pun tak tahu. Serah saja pada AO.
Saya telah lock SL sebanyak 100pips untuk menyelamatkan akaun jikalau market berlaku sebaliknya. Sama-sama kita perhatikan.

Saya akan sambung semula chart ini diposting ini juga untuk melihat kesudahannya nanti. Good Luck.

--SAMBUNG--

Saya sambung semula posting ini untuk melihat dan mengetahui keputusan yang saya ambil seperti diatas. Position itu telah hit pada stop loss sebanyak 100pips @ 154.89 pada jam 7.12 mlm seperti chart di bawah.

Kedudukan GJ masih belum jelas lagi arah tujuannya. Saya akan terus monitor dan pastikan GJ ini dapat di ambil dalam trend yang betul.
Sekian.

INDICATOR AWESOME

Selamat menyambut bulan puasa yang akan tiba beberapa hari lagi dan dibulan yang berkat itu juga sama-sama kita pohon pada ilahi supaya kita dimurahkan rezeki daripada punca rezeki yang halal.
Bermula bulan puasa nanti saya akan menggunakan simple indicator yang sediada dalam metatrader iaitu Awesome Oscillator(AO). Oscillator ini memang simple untuk mengetahui trend market naik atau turun menggunakan time frame H4 ke atas.

Sebagai contoh graf di atas AO telah bertukar warna kepada oren dimana ia akan mengubah trend market tersebut dan berapa lama ia akan terus begitu kita serahkan kepada AO. Dialah yang menetukan, kita hanya ikut sahaja indicator AO. Diharap semua akan mendapat manfaat bersama. Selamat berjaya.

Monday, June 15, 2009

Kelas Ditangguhkan

Kelas kami di fxpoints ditangguhkan sementara waktu kerana bercuti rehat selama 3 bulan dan akan disambung semula selepas hari raya puasa nanti.
Kami di fxpoints memohon maaf kepada trader yang ingin menimba ilmu dengan kami dan insyallah kita berjumpa semula selepas hari raya nanti.

Monday, April 13, 2009

UNTUNG RUGI SEPANJANG MAC 2009

Untung rugi adalah permainan perniagaan. Hari ini untung tidak semestinya kita untung selamanya-lamanya. Apa yang penting kita mesti merancang dan ada strategi setelah segala analisis dibuat untuk memasuki sebarang pasaran. Yang penting UNTUNG mengatasi RUGI.

Friday, March 20, 2009

PRESTASI 20 MAC 2009 (GBP/USD)

GBP/USD 20/3/09 (fxpoints) - Kenaikan harga pound semalam yang amat ketara kelmarin telah menunjukan keadaan agak reda hari ini.



Hari ini saya hanya dapat mengaut beberapa pips sahaja daripada kenaikan harga pound dari harga buka hari ini. Ia telah menunjukan dan akan membuat reverse ke bawah semula.





Thursday, March 19, 2009

PRESTASI 19 MAC 2009 (GBP/USD)

GBP/USD 19/3/09 (fxpoints) - Hari ini market pound sterling masih kuat mendaki oleh kerana kesan daripada news FOMC dan Federal Fund Rate (USD) pada jam 2.17 pagi waktu malaysia pagi tadi.



Wednesday, March 18, 2009

PRESTASI 18 MARCH 2009 (GBP/USD)


GBP/USD 18/3/09 (fxpoints) - Position GBP/USD hanya mengambil masa 2 jam sahaja untuk ke target profit. Lihat gambar disebelah dimana open position diambil pada masa yang tepat dimasa ia mula kena sindrown down. Dan ini hasilnya...ALHAMDULILLAH.






Monday, March 9, 2009

PRESTASI 9 MARCH 2009 (GBP/USD)

GBP/USD 2/3/09 (fxpoints)- Chart dibawah diambil ketika GU dalam keadaan menurun. Open sell dibuat pada harga 1.4120 jam 5.56 waktu broker dan ditutup pada harga 1.4020 jam 10.21 waktu broker.

Lihatlah hasilnya.




Tuesday, March 3, 2009

PRESTASI 02 MAC 2009 (PAIR AUS)

AUS 2/3/09 (fxpoints) - Prestasi pair australia semalam tidak membanggakan hingga saya terpaksa cutoff position dengan keuntungan yang sedikit dan tidak mencapai sasaran kerana ia bergerak dalam lingkungan harga yang sama (sideway) dalam masa hampir 24jam.

Situasi begini pun tidak digalakkan. Lebih baik cutoff untung yang sedikit daripada menanggung kerugian walaupun dengan 1 sen.






ANALISIS 2 MAC 2009 (GBP)

GBP/USD


GBP/JPY

GBP 2/3/09 (fxpoints) - Pergerakan harga GBP kelmarin amat membanggakan sehingga mencecah 200 pips untuk GU dan 300 pip untuk GJ. Chart di atas menunjukkan perbezaan harga buka dan harga penutup untuk semalam. Anda tengoklah berapa perbezaannya.
Saya tidak mengambil sebarang open position untuk matawang GBP semalam kerana stochastic saya tidak membenarkan membuat demikian. Situasi begini tidak digalakan mengambil sebarang open position dan kita semestinya tidak mahu mengambil sebarang risiko.
Biarlah harga itu bergerak mengikut haluannya dan kita hanya menunggu saat yang sesuai untuk mengaut keuntungan yang di sasarkan.

Friday, February 27, 2009

PRESTASI 27 FEB 2009 (GBP/JPY)

GBP/JPY 27/2/09 (fxpoints) - Graf sebelah kiri menunjukan open sell dimana signal stoch masih menjunam .






Perhatikan chart ini pula, oleh kerana open sell yang dibuat ketika stoch sudah berada lama dibawah, chart menunjukkan price berpatah balik ke atas buat sementara waktu.

Anda jangan risau dengan keadaan ini. Kalau kita yakin dengan sistem ini kita serahkan kepadanya.


Itulah sebab dalam kelas saya, saya tekankan emotional control memainkan peranan penting dalam live trading.

Inilah hasilnya berkat usaha dan kesabaran yang diterapkan...teruskan usaha.. INGAT NAK BERJAYA KENA BELAJAR, NAK BELAJAR KENA ADA CIKGUNYA.

Thursday, February 26, 2009

GBP/JPY di puncak awan

Fxpoints, 26/2/2009 :-Kehebatan GBP/JPY masih tiada tandingan lagi. Mereka berpakat akan terus tinggal diatas singgahsana lagi sehingga keadaan yang memaksa mereka turun kembali tetapi bila agaknya.

Baliklah, dikesempatan ini saya masih lagi mengaut sedikit pip utk gbp/jpy sementara menunggu masa untuk punch out di opis tadi.

Perhatikan price ketika open buy yang di ambil ketika stoch menunjukan signal merangkak ke atas dan saya telah setkan target profit pada harga 140.80.

Dalam masa tiga jam sahaja ia telah hit pada target tersebut.

Ingat, nak expert dalam forex kena belajar, nak belajar kena ada gurunya. Itu pesanan cikgu dan ibubapa saya.

Inilah hasilnya bila kita berusaha. Bab kata pepatah melayu nak seribu daya, taknak seribu dalil. Anda pikirlah yang terbaik untuk diri anda. Tiada orang lain yang dapat menolong kecuali diri kita sendiri.


GBP/USD Downtrend

Fxpoints 25/2/09 :-Perhatikan chart GBP/USD dibawah dimana GBP/USD mula menuju ke bawah dan stochastic telah menunjukan sell signal. Saya mengambil open sell pada harga 1.4266 dan yakin chart ini akan terus turun hingga target yang ditetapkan.


Dengan kesabaran dan keyakinan terhadap sistem stochastic ini akhirnya GBP/USD telah hit pada price yang dikhendaki walaupun menunggu masa hampir 6 jam.


Percayalah, berniaga forex ini kita mesti banyak bersabar dan kena pandai control emosi kita. Kalau kita yakin dengan sistem yang kita buat insyallah akan berjaya akhirnya.