Belajar Forex

Di sini saya ingin berkongsi ilmu forex dimana setiap open position yang dilakukan akan dipostkan disini dengan menggunakan beberapa indicator saya sendiri dan akan dibuka untuk perbincangan diruangan komen bagi memperbaiki tahap ilmu forex masing-masing.

Kepada sesiapa yang ingin belajar secara personal dialu-alukan dengan menghubungi saya seperti di ruangan DAFTAR.

Thursday, August 20, 2009

BUY GBP/JPY

Saya telah open buy gj pada jam 9.30 pagi tadi dimana AO telah menunjukan pertukaran warna dari oren ke hijau. Adakah ia akan mula naik atau turun saya pun tak tahu. Serah saja pada AO.
Saya telah lock SL sebanyak 100pips untuk menyelamatkan akaun jikalau market berlaku sebaliknya. Sama-sama kita perhatikan.

Saya akan sambung semula chart ini diposting ini juga untuk melihat kesudahannya nanti. Good Luck.

--SAMBUNG--

Saya sambung semula posting ini untuk melihat dan mengetahui keputusan yang saya ambil seperti diatas. Position itu telah hit pada stop loss sebanyak 100pips @ 154.89 pada jam 7.12 mlm seperti chart di bawah.

Kedudukan GJ masih belum jelas lagi arah tujuannya. Saya akan terus monitor dan pastikan GJ ini dapat di ambil dalam trend yang betul.
Sekian.

INDICATOR AWESOME

Selamat menyambut bulan puasa yang akan tiba beberapa hari lagi dan dibulan yang berkat itu juga sama-sama kita pohon pada ilahi supaya kita dimurahkan rezeki daripada punca rezeki yang halal.
Bermula bulan puasa nanti saya akan menggunakan simple indicator yang sediada dalam metatrader iaitu Awesome Oscillator(AO). Oscillator ini memang simple untuk mengetahui trend market naik atau turun menggunakan time frame H4 ke atas.

Sebagai contoh graf di atas AO telah bertukar warna kepada oren dimana ia akan mengubah trend market tersebut dan berapa lama ia akan terus begitu kita serahkan kepada AO. Dialah yang menetukan, kita hanya ikut sahaja indicator AO. Diharap semua akan mendapat manfaat bersama. Selamat berjaya.