Belajar Forex

Di sini saya ingin berkongsi ilmu forex dimana setiap open position yang dilakukan akan dipostkan disini dengan menggunakan beberapa indicator saya sendiri dan akan dibuka untuk perbincangan diruangan komen bagi memperbaiki tahap ilmu forex masing-masing.

Kepada sesiapa yang ingin belajar secara personal dialu-alukan dengan menghubungi saya seperti di ruangan DAFTAR.

Friday, February 27, 2009

PRESTASI 27 FEB 2009 (GBP/JPY)

GBP/JPY 27/2/09 (fxpoints) - Graf sebelah kiri menunjukan open sell dimana signal stoch masih menjunam .






Perhatikan chart ini pula, oleh kerana open sell yang dibuat ketika stoch sudah berada lama dibawah, chart menunjukkan price berpatah balik ke atas buat sementara waktu.

Anda jangan risau dengan keadaan ini. Kalau kita yakin dengan sistem ini kita serahkan kepadanya.


Itulah sebab dalam kelas saya, saya tekankan emotional control memainkan peranan penting dalam live trading.

Inilah hasilnya berkat usaha dan kesabaran yang diterapkan...teruskan usaha.. INGAT NAK BERJAYA KENA BELAJAR, NAK BELAJAR KENA ADA CIKGUNYA.

Thursday, February 26, 2009

GBP/JPY di puncak awan

Fxpoints, 26/2/2009 :-Kehebatan GBP/JPY masih tiada tandingan lagi. Mereka berpakat akan terus tinggal diatas singgahsana lagi sehingga keadaan yang memaksa mereka turun kembali tetapi bila agaknya.

Baliklah, dikesempatan ini saya masih lagi mengaut sedikit pip utk gbp/jpy sementara menunggu masa untuk punch out di opis tadi.

Perhatikan price ketika open buy yang di ambil ketika stoch menunjukan signal merangkak ke atas dan saya telah setkan target profit pada harga 140.80.

Dalam masa tiga jam sahaja ia telah hit pada target tersebut.

Ingat, nak expert dalam forex kena belajar, nak belajar kena ada gurunya. Itu pesanan cikgu dan ibubapa saya.

Inilah hasilnya bila kita berusaha. Bab kata pepatah melayu nak seribu daya, taknak seribu dalil. Anda pikirlah yang terbaik untuk diri anda. Tiada orang lain yang dapat menolong kecuali diri kita sendiri.


GBP/USD Downtrend

Fxpoints 25/2/09 :-Perhatikan chart GBP/USD dibawah dimana GBP/USD mula menuju ke bawah dan stochastic telah menunjukan sell signal. Saya mengambil open sell pada harga 1.4266 dan yakin chart ini akan terus turun hingga target yang ditetapkan.


Dengan kesabaran dan keyakinan terhadap sistem stochastic ini akhirnya GBP/USD telah hit pada price yang dikhendaki walaupun menunggu masa hampir 6 jam.


Percayalah, berniaga forex ini kita mesti banyak bersabar dan kena pandai control emosi kita. Kalau kita yakin dengan sistem yang kita buat insyallah akan berjaya akhirnya.